Tuesday, December 12, 2006

keropok lekor ganu

Mukadimah
Saya mengidam nak makan keropok lekor. Nak beli mana ada kat Scotland ni. Nak minta orang buatkan mana ada orang yang reti. So explore resepi kat internet dan minta abang belikan bahan. Eksperimen bermula pada suatu pagi...

Resepi ini saya ambil di http://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/rcpkropok.html

BAHAN-BAHANNYA
4 mangkuk iakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air batu ikut kesesuaian adunan

CARA MEMBUATNYA
Bersihkan ikan Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air

TIPS
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
Tambahkan air batu jika adunan terkeras
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

Laporan eksperimen 1

sebelum digoreng

selepas digoreng


bahan
3 cawan ikan spanish mackerel
4 cawan tapioca starch
4 ketul air batu dikisar
Garam (1 1/2 sudu besar) dan perencah hilal (1 sudu besar)

cara
Perisi ikan. Kisar dalam blender. Sebab tak leh kisar dengan air batu, saya blend asing2 kemudian campur dalam bekas. Masukkan tepung sagu, gaul. Melekat2 kat tangan. Adunan agak lembik, so saya tambah sket2 tepung sagu lagi. Rebus air dalam periuk. Gentel adunan memanjang atas taburan tepung sagu. Kalau tak tak leh nak gentel. Bila air mendidih, masukkan keropok. Rebus hingga timbul.

Hasil:
Saya dapat 20 batang keropok panjang sejengkal.
Warnanya tak gelap. Putih aje. Nampak macam keropok banyak sagu. Tapi sebenarnya sebab ikan tu memang color cerah. Rasanya macam keropok ikan tenggiri gini jugak rasanya.
Bila dah direbus dan disejukkan, rasanya sedap. Memang macam keropok lekor :)
Alhamdulillah, saya tak putus2 bersyukur sebab dapat makan keropok lekor buatan sendiri. Alhamdulillah juga duk luar negeri. Kalau di Malaysia, tentu saya beli aje keropok kat pasar minggu dan goreng. So, tak de eksperien buat sendiri.