Monday, July 27, 2009

Tiramisu halal + Tiramisunanamel

3 lapisan basic untuk Tiramisu halal

1-custard + mascarpone cheese

2- sponge finger celup air kopi pekat

3- whip cream


Cara paling simple

1. Gunakan ready to serve custard dalam tin.Mix dengan mascarpone cheese guna mixer sampai sebati.

Kalau tak de ready to serve custard, bancuh tepung castard cam biasa dengan susu, tapi jangan pekat sangat sampai jadi bingka. Kasi lembut dan berkrim gitu.


2. Air kopi - 1 sudu besar instant caffe atau nescafe (janji tak de habuk) + 3/4 cawan air panas. Golek Sponge finger dalam air kopi dan susun dalam mangkuk.

(Tips: Jangan rendam lama2. Golek sahaja. Nanti sponge tu akan serap air tu ke keseluruhan. Kalau lama, nanti Tiramisu jadi berair.)


Lapis Custard tadi. Susun finger lagi. Lapis Custard. (Boleh lagi satu set lapis kalau suka.)
Masukkan ke dalam peti sejuk sementara finger lembut (serap cecair sekitarnya).


3. Bila nak makan, lapiskan atas dengan whip cream. Nak senang guna yang spray dari botol. Kalau tak de, boleh guna yang serbuk atau cecair. Mixlah sebagaimana arahan dia dan lapiskan di atas custard tadi.
Taburkan serbuk koko atas cream. Nak cantik guna penapis.


Latest experiment-

Tiramisu nanamel.
Saya cuba buat ini masa tetamu datang ke rumah semalam, dan alhamdulillah rasanya lagi sedap.


Gantikan satu lapisan cofee finger dengan pisang bakar berkaramel.
Cara menyediakan:
Pisak masak dibelah 2. Susun atas dulang grill. Taburkan gula di atas permukaan pisang. Grilkan dengan api yang paling besar hingga gula menjadi perang (caramelized). Susun pisang atas custard. Lapis dengan custard seperti biasa.

(Tips: pisang akan menjadi lembut bila dibakar. Jadi sepatutnya senang untuk diceduk bila menghidang. Tapi kalau sebaliknya, mungkin pisang tu jenis keras, boleh potong pisang tadi menjadi saiz yang lebih kecil selepas digrill sebelum di susun atas custard supaya lebih senang semasa menceduk.
Aroma pisang gril tadi bila bersatu dengan coffee manis akan menjadikan tiramisunanamel anda lebih lazat. hmm... yum.. yumm...