Thursday, July 15, 2010

muffin koko mudah

Kelas memasak nabhan dan hanan.

Muffin Koko Mudah.

Bahan-bahan ( 85-90 kpg cup cake kecil )

  • 3 biji telur-A
  • 125 g gula kastor-(1/2 cwn rata)
  • 50 g serbuk koko *-(1/2 cwn rata)
  • 200 g tepung naik sendiri*-(1 1/2 cwn rata)
  • 1/2 sk rata baking soda *
  • (ayak bersama bahan yg bertanda * di atas)
  • 3/4 cawan susu segar
  • 100 g choc chip -(3/4 cwn)
  • 125 g mentega - cairkan (1/2 buku)
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Semua bahan di atas kecuali susu dan mentega cair, di jadikan satu di dalam sebuah mangkuk.
  2. Tuangkan susu sedikit2 sambil di gaul rata.
  3. Masukkan pula mentega cair dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit adunan ke dalam paper cup atau muffin cup.
  5. Bakar hingga masak pd suhu 160c selama 15-20 min. atau ikut kepanasan oven masing2.


adjustment.
1. adunan kelihatan agak cair,jadi kami tambah tepung dalam 3/4 cup lagi.
2. chocchip tak de, jadi tukar dengan choc masak yang dipotong2, tapi dah boleh agak, nanti mestilah dia cair, sebab coklat masakan tidak keras seperti choc chip. kita tgk nanti apa hasilnya.
3. Dibakar dalam oven gas api 3.5
4. sebab nak cepat, tak sempat tunggu mentega sejuk dulu, sebenarnya terlepaspandang, terus aje masuk.
5. Tak guna tepung naik sendiri, jadi guna epung gandum biasa dan bakingpowder dijadikan 3/4 sudu kecil.

Monday, July 27, 2009

Tiramisu halal + Tiramisunanamel

3 lapisan basic untuk Tiramisu halal

1-custard + mascarpone cheese

2- sponge finger celup air kopi pekat

3- whip cream


Cara paling simple

1. Gunakan ready to serve custard dalam tin.Mix dengan mascarpone cheese guna mixer sampai sebati.

Kalau tak de ready to serve custard, bancuh tepung castard cam biasa dengan susu, tapi jangan pekat sangat sampai jadi bingka. Kasi lembut dan berkrim gitu.


2. Air kopi - 1 sudu besar instant caffe atau nescafe (janji tak de habuk) + 3/4 cawan air panas. Golek Sponge finger dalam air kopi dan susun dalam mangkuk.

(Tips: Jangan rendam lama2. Golek sahaja. Nanti sponge tu akan serap air tu ke keseluruhan. Kalau lama, nanti Tiramisu jadi berair.)


Lapis Custard tadi. Susun finger lagi. Lapis Custard. (Boleh lagi satu set lapis kalau suka.)
Masukkan ke dalam peti sejuk sementara finger lembut (serap cecair sekitarnya).


3. Bila nak makan, lapiskan atas dengan whip cream. Nak senang guna yang spray dari botol. Kalau tak de, boleh guna yang serbuk atau cecair. Mixlah sebagaimana arahan dia dan lapiskan di atas custard tadi.
Taburkan serbuk koko atas cream. Nak cantik guna penapis.


Latest experiment-

Tiramisu nanamel.
Saya cuba buat ini masa tetamu datang ke rumah semalam, dan alhamdulillah rasanya lagi sedap.


Gantikan satu lapisan cofee finger dengan pisang bakar berkaramel.
Cara menyediakan:
Pisak masak dibelah 2. Susun atas dulang grill. Taburkan gula di atas permukaan pisang. Grilkan dengan api yang paling besar hingga gula menjadi perang (caramelized). Susun pisang atas custard. Lapis dengan custard seperti biasa.

(Tips: pisang akan menjadi lembut bila dibakar. Jadi sepatutnya senang untuk diceduk bila menghidang. Tapi kalau sebaliknya, mungkin pisang tu jenis keras, boleh potong pisang tadi menjadi saiz yang lebih kecil selepas digrill sebelum di susun atas custard supaya lebih senang semasa menceduk.
Aroma pisang gril tadi bila bersatu dengan coffee manis akan menjadikan tiramisunanamel anda lebih lazat. hmm... yum.. yumm...

Monday, December 22, 2008

kuzi kambing

Sempena majlis raya KMD, saya masakkan Kuzi Kambing.
Sebelum ni, guna resepi yang simple aje, kali ni guna resepi yang complicated sket.
Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Bak kata K Ika, cam lauk kenduri.

1.0 Resepi asal.
KAMBING KUZI
Bahan Utama (daging)
1 ekor kambing(digaul dan diperap selama 1 jam bersama tepung, garam dan jus 1 biji lemon, kemudian dicuci)
sedikit minyak sapi dan mentega untuk menumis.
Sedikit halia dan bawang putih (dikisar)

Bahan A
1 kg bawang merah }
½ kg bawang putih } dikisar halus
½ kg halia }
segenggam koma – koma

Bahan B
1 kg cili hijau
1 kg daun saderi )
10 ikat daun pudina } dikisar
5 ikat daun ketumbar }

Bahan C
3 helai daun pandan
3 kg bawang besar (digoreng)
2 kg bawang kecil (digoreng)
2 mangkuk kismis
tomato pureesos tomato
jintan manisjintan halus
serbuk ketumbar
susu cair
lobak merah dan ubi kentang (dipotong dadu)

Cara Menyediakannya
1. Kambing disapu dengan bahan A sehingga rata bersama koma-koma, kemudian perap selama 1 jam.
2. Selepas 1 jam, bersihkan kambing tersebut lalu digoreng dalamminyak sapi dan sedikit mentega sehingga garing di kedua-dua belahnya.
3. Masukkan semula bahan-bahan perap tadi dan goreng sehinggawangi.
4. Sementara itu kisarkan bahan B, kemudian masukkan bahan Bdan bahan C ke dalam kambing tersebut.
5 Masak sehingga kuahnya pekat dan dagingnya empuk.
6. Hiaskan di atas nasi pilaf pudina.

2.0 Eksperimen saya
Bahan Utama (daging)
1/2 ekor kambing (digaul dan diperap selama 1 jam bersama tepung naik sendiri, garam dan jus 1 biji lemon, kemudian dicuci)
2 cawan minyak sapi
4 sb mentega untuk menumis.

Bahan A
1/2 kg bawang merah }
1/4 kg bawang putih } dikisar halus
1/4 kg halia }

Bahan B
8 tangkai cili hijau (tak berapa pedas, dibelah 2)
6 batang celeri }
10 tangkai daun pudina } dikisar
5 tangkai daun ketumbar }

Bahan C
2 sb esen pandan
1 1/2 kg bawang besar (digoreng)
5 cawan kismis
1 tiub 150 g tomato puree
1 botol sos tomato
1 1/2 sb jintan putih }
1 1/2 sb jintan manis } sangai sedikit
2 sb serbuk ketumbar}
2 tin tinggi susu cair
6 batang lobak merah }
5 biji ubi kentang } dipotong dadu

Cara Menyediakannya
1. Kambing disapu dengan bahan A sehingga rata, kemudian perap selama 1 jam.
2. Selepas 1 jam, bilas kambing tersebut dengan air lalu digoreng dalam minyak sapi dan sedikit mentega sehingga garing di kedua-dua belahnya.
3. Bahan-bahan perap tadi tapis sedikit airnya, masukkan dan goreng sehingga wangi.
4. Sementara itu kisarkan bahan B, kemudian masukkan bahan B dan bahan C ke dalam kambing tersebut.
5 Masak sehingga kuahnya pekat dan dagingnya empuk.
6. Makan dengan nasi pilau.

Laporan dan muhasabah
Hasil: Alhamdulillah sedap, rasa manis.
Tips: Goreng kambing dengan minyak sapi baru garing. Kalau pakai minyak biasa tak garing.

Alhamdulillah sedap, rasa manis.

Gambar
Tak sempat nak amik.

Friday, October 26, 2007

eksperimen soto

Soto ni buat masa mak dan abah nak sampai ke Dundee sebelum Hanan lahir. Dibantu oleh K leen dan Iftida.

resepi tgk kat intenet.


Bergedil sedang digoreng bergedil siap utk digoreng bergedil lepas digoreng
nasi himpit sup

taucu ibu mertuaku

Masa kat Dundee aritu mak buat taucu.

Resepi:
Rendam kacang soya semalam
Rebus hingga mendidih.
Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.
Tulang ayam.
Renih dengan api kecil. Lama2.
Memang lama masak ni, sampai kacang tu lembut sangat.
Tinggal atas dapur, esok hangatkan lagi.

Kata mak, masukkan tulang yam nak bagi lebih sedap. Kalau orang cina buat taruk tulang gak, tulang .... tau tau aje le. Walahu a'lam. Orang kampung mak buat sendiri aje, tak beli cina punya. Sebab takut dia taruk tulang pape.

Ni taucu yang mak buat kat Dundee...






Tuesday, December 12, 2006

keropok lekor ganu

Mukadimah
Saya mengidam nak makan keropok lekor. Nak beli mana ada kat Scotland ni. Nak minta orang buatkan mana ada orang yang reti. So explore resepi kat internet dan minta abang belikan bahan. Eksperimen bermula pada suatu pagi...

Resepi ini saya ambil di http://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/rcpkropok.html

BAHAN-BAHANNYA
4 mangkuk iakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air batu ikut kesesuaian adunan

CARA MEMBUATNYA
Bersihkan ikan Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air

TIPS
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
Tambahkan air batu jika adunan terkeras
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

Laporan eksperimen 1

sebelum digoreng

selepas digoreng


bahan
3 cawan ikan spanish mackerel
4 cawan tapioca starch
4 ketul air batu dikisar
Garam (1 1/2 sudu besar) dan perencah hilal (1 sudu besar)

cara
Perisi ikan. Kisar dalam blender. Sebab tak leh kisar dengan air batu, saya blend asing2 kemudian campur dalam bekas. Masukkan tepung sagu, gaul. Melekat2 kat tangan. Adunan agak lembik, so saya tambah sket2 tepung sagu lagi. Rebus air dalam periuk. Gentel adunan memanjang atas taburan tepung sagu. Kalau tak tak leh nak gentel. Bila air mendidih, masukkan keropok. Rebus hingga timbul.

Hasil:
Saya dapat 20 batang keropok panjang sejengkal.
Warnanya tak gelap. Putih aje. Nampak macam keropok banyak sagu. Tapi sebenarnya sebab ikan tu memang color cerah. Rasanya macam keropok ikan tenggiri gini jugak rasanya.
Bila dah direbus dan disejukkan, rasanya sedap. Memang macam keropok lekor :)
Alhamdulillah, saya tak putus2 bersyukur sebab dapat makan keropok lekor buatan sendiri. Alhamdulillah juga duk luar negeri. Kalau di Malaysia, tentu saya beli aje keropok kat pasar minggu dan goreng. So, tak de eksperien buat sendiri.

Monday, September 04, 2006

Resepi Cheese Cake anak sedaraku

2 (200g) cheese (eg:philadelphia cheese)
1 cawan gula
1/4 dr 250g butter
3 biji telur
200g sour cream

base
rich tea/digestive biscuit
melted butter

putar bahan2 ikut susuna tu...hihih

utk base, hancurkan biskut dan gaul dgn melted butter
jgn byk sgt, sbb nnti bila dh masak n beku, jadi terlalu keras
waktu kepal tu dh lekat skit tu ok la

bakar dlm oven
45 min, 120C

resepi acar buah kakak iparku

A- (rendam dlm cuka, gula, garam semalan)
bawang merah
bawang putih
halia (potong nipis)

B-
1. panaskan minyak banyak
2. tumis jintan, biji sawi,
3. then tumis bawang merah (dimayang), halia (mayang halus), cili boh(banyak)
4. masukkan gula (utk jadikan warna dia hitam), garam
5. goreng lama smpai masak (terutama cili)
6. masukkan bahan A dgn air rendaman skali
7. masak lagi
8. masukkan buah2 pilihan hati anda, kismis pon blh
* bila dh masuk buah, kalu rs2 mcm cili yg tumis td tak cukup mengcover buah tu, tumis asing then tambahkan
* kismis ditumbuk blh ditambah utk pekatkan


Acar buah masakan kakak ipar ni yang tersedap pernah saya makan.
Tapi kalau saya yang masak tak tahu la sama ke tak kan. Tapi kena cubalah.