Monday, December 22, 2008

kuzi kambing

Sempena majlis raya KMD, saya masakkan Kuzi Kambing.
Sebelum ni, guna resepi yang simple aje, kali ni guna resepi yang complicated sket.
Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Bak kata K Ika, cam lauk kenduri.

1.0 Resepi asal.
KAMBING KUZI
Bahan Utama (daging)
1 ekor kambing(digaul dan diperap selama 1 jam bersama tepung, garam dan jus 1 biji lemon, kemudian dicuci)
sedikit minyak sapi dan mentega untuk menumis.
Sedikit halia dan bawang putih (dikisar)

Bahan A
1 kg bawang merah }
½ kg bawang putih } dikisar halus
½ kg halia }
segenggam koma – koma

Bahan B
1 kg cili hijau
1 kg daun saderi )
10 ikat daun pudina } dikisar
5 ikat daun ketumbar }

Bahan C
3 helai daun pandan
3 kg bawang besar (digoreng)
2 kg bawang kecil (digoreng)
2 mangkuk kismis
tomato pureesos tomato
jintan manisjintan halus
serbuk ketumbar
susu cair
lobak merah dan ubi kentang (dipotong dadu)

Cara Menyediakannya
1. Kambing disapu dengan bahan A sehingga rata bersama koma-koma, kemudian perap selama 1 jam.
2. Selepas 1 jam, bersihkan kambing tersebut lalu digoreng dalamminyak sapi dan sedikit mentega sehingga garing di kedua-dua belahnya.
3. Masukkan semula bahan-bahan perap tadi dan goreng sehinggawangi.
4. Sementara itu kisarkan bahan B, kemudian masukkan bahan Bdan bahan C ke dalam kambing tersebut.
5 Masak sehingga kuahnya pekat dan dagingnya empuk.
6. Hiaskan di atas nasi pilaf pudina.

2.0 Eksperimen saya
Bahan Utama (daging)
1/2 ekor kambing (digaul dan diperap selama 1 jam bersama tepung naik sendiri, garam dan jus 1 biji lemon, kemudian dicuci)
2 cawan minyak sapi
4 sb mentega untuk menumis.

Bahan A
1/2 kg bawang merah }
1/4 kg bawang putih } dikisar halus
1/4 kg halia }

Bahan B
8 tangkai cili hijau (tak berapa pedas, dibelah 2)
6 batang celeri }
10 tangkai daun pudina } dikisar
5 tangkai daun ketumbar }

Bahan C
2 sb esen pandan
1 1/2 kg bawang besar (digoreng)
5 cawan kismis
1 tiub 150 g tomato puree
1 botol sos tomato
1 1/2 sb jintan putih }
1 1/2 sb jintan manis } sangai sedikit
2 sb serbuk ketumbar}
2 tin tinggi susu cair
6 batang lobak merah }
5 biji ubi kentang } dipotong dadu

Cara Menyediakannya
1. Kambing disapu dengan bahan A sehingga rata, kemudian perap selama 1 jam.
2. Selepas 1 jam, bilas kambing tersebut dengan air lalu digoreng dalam minyak sapi dan sedikit mentega sehingga garing di kedua-dua belahnya.
3. Bahan-bahan perap tadi tapis sedikit airnya, masukkan dan goreng sehingga wangi.
4. Sementara itu kisarkan bahan B, kemudian masukkan bahan B dan bahan C ke dalam kambing tersebut.
5 Masak sehingga kuahnya pekat dan dagingnya empuk.
6. Makan dengan nasi pilau.

Laporan dan muhasabah
Hasil: Alhamdulillah sedap, rasa manis.
Tips: Goreng kambing dengan minyak sapi baru garing. Kalau pakai minyak biasa tak garing.

Alhamdulillah sedap, rasa manis.

Gambar
Tak sempat nak amik.

No comments: