Thursday, July 13, 2006

TELUR BERSAYUR

Bagaimana nak goreng telur tak bagi pecah? Selalu surrender bab goreng telur. Last2 buat scramble egg aje. Akhirnya saya jumpa teknik goreng telur yang besar tapi tak pecah.

Bahan:
4 biji telur
½ biji bawang besar
Sedikit serbuk lada sulah atau cili dipotong2
Sedikit garam
Tomato buah

Cara:
Masukkan telur, bawang, garam dan lada sulah ke dalam mangkuk. Pukul sedikit dengan garfu. Panaskan minyak dalam kuali rata (bukan melengkung). Tuangkan bancuhan. Susun tomato yang telah dipotong-potong di atas telur. Idak menitik atas tangan at
Ambil satu pinggan yang boleh muat telur telangkupkan atas telur. Balikkan kuali di tempat yang selamat. Pastikan minyak tidak menitik atas tangan atau merata2.
Masukkan balik telur tadi ke dalam kuali. Dengan bahagian atas ke bawah. Setelah masak, balikkan semula kuali dengan pinggan tadidan masukkan telur ke dalam pinggan untuk dihidang.

Tomato yang digoreng di atas telur tersebut sangat sedap. Nak tambah sayur2 lain pun boleh juga. Cendawan, Putik jagung dll.


Tips:
1. Pukul telur mesti dengan garfu. Kalau dengan sudu kembang kurang elok.
2. Susun sayur sebaik sahaja tuang telur dalam kuali supaya sayur boleh tenggelam dalam telur yang masih cair. Jika tidak sayur tidak melekat.

Lihat juga ommelette egg

No comments: