Saturday, July 22, 2006

kek gula hangus a.k.a kek caramel


Kek ni sedap, tak muak, mudah dan cepat disediakan. Sesuai untuk mereka yang sibuk.

2 cwn Gula
2 cwn air

4 Telur
¾ cawan minyak
2 cwn Tepung
1 sudu kecil Soda bicarbonate
2 sudu besar Susu tepung

Cara:
Panaskan air dan gula dalam 2 periuk yang berbeza,
Apabila gula cair dan perang, masukkan air yang telah menggelegak sedikit demi sedikit. Kacau hingga semua gula hancur. Sejukkan.
(Tips: boleh buat banyak2 sekali masak untuk beberapa kek dan simpan dalam peti sejuk. Kat luar peti sejuk pun tak apa. Tahan lama.)

Masukkan telur, minyak, tepung gandum, susu tepung, bicarbonate ke dalam bekas. Dah masuk semua ikut turutan baru kacau hingga sebati.
(Tips: kalau banyak kacau in between kek akan jaid banyak buih a.k.a jadi span rather then sarang semut.)

Masukkan air gula hangus sedikit demi sedikit, kacau.
(Tips: mesti masukkan masa dah sejuk. kalau panas2 masukkan jadi span jugak - x jd lubang2 sampai atas.)
Minyakkan periuk non-stick kedap udara, eg, TEFAL. (yang boleh buat bakar kuih).

Tapis adunan ke dalam periuk tadi. Bakar atas dapur dengan api yang paling kecil.
(Tips: klau bakar dalam oven kena yang api bawah, kalau api tepi, nanti lubang dia jadi herot berot.Sebab lubang terbentuk dari buih yang naik kerana api.)

Tips lagi: Kek yang menjadi akan berlubang2 dari bawah sampai atas. Macam lubang semut. Kek yang tak jadi akan jadi macam kek span.

Note: Tips2 di atas adalah hasil eksperimen2 buat kek tak jadi hingga menghasilkan rekod camne nak buat kek ni bagi jadi cam span (tak jadi sarang semut. hehe...)

No comments: